🕌📿 *AMANAT SOLAT*
(Ustaz Ismail Al-Bakabi)
Amanat 1:
” Orang yang Solat lebih nampak kesalahan diri sendiri, daripada kesalahan orang lain. ”
Amanat 2:
” Penyelesaian kepada krisis keluarga dan masyarakat adalah Solat. Jika Solat baik, maka keluarga dan masyarakat akan jadi baik. ”
Amanat 3:
” Utamakan Solat dalam segala hal, sesuai dengan seruan As-Solah sebelum seruan Al-Falah pada laungan azan. ”
Amanat 4:
” Saf Solat berjamaah adalah sebahagian teknik penyatuan dan pengukuhan Ummah. ”
Amanat 5:
” Sekiranya seorang itu tahu pahala berganda, nescaya ia tidak akan tinggal Solat ketika ia sakit. ”
Amanat 6:
” Sesibuk mana pun kita, sekurang² zikir setelah Solat bacalah Istighfar 3 kali dan Allahumma Antas-Salam… kerana 2 zikir ini datang dlm sebuah Hadits. ”
Amanat 7:
” Orang yang Solat pun, janganlah terlalu selesa. Kerana ‘Ulama’ pernah berkata bahawa Solat yang TIDAK KHUSYUK itu, akan DIMURKAI Allah. ”
Amanat 8:
” Peliharalah Solat, Allah pelihara kehidupannya. Abaikan Solat, nescaya Allah abaikan kehidupan dunia dan di Akhirat ia akan merana. ”
Amanat 9:
” Orang yang tidak Solat, berusaha mengotorkan jiwanya. Orang yang menafikan Solat, berusaha memusnahkan jiwa raganya. ”
Amanat 10:
” Solat Berjamaah itu syi’ar dan sumber kekuatan generasi berjaya. Ayuh..! Tegakkannya seiring dengan Sunnah. ”
Amanat 11:
” Kejayaan seorang Muslim bukan banyak rakaat Solatnya tetapi bergantung kepada KHUSYUKnya. ”
Amanat 12:
” Jika seseorang itu LALAI ketika Solat, maka kehidupan duniawinya penuh LAGHA dan KELALAIAN. ”
Amanat 13:
” Waspada HADITS² PALSU berkaitan denganSolat seperti 15 azab ke atas mereka, yang meninggalkan Solat dan lainnya. ”
Amanat 14:
” DAPATKAN bimbingan Solat secara TEORI dan PRAKTIKAL, daripada seorang yang benar² MEMAHAMI persoalan dan perbahasannya. ”
Amanat 15:
” Sesiapa yang INGIN kedudukan TINGGI, MULIA dan kepentingannya terlaksana maka DIRIKANLAH SOLAT, tinggikan, muliakan dan jadikan Solat sebagai suatu KEPENTINGAN DALAM HIDUP. ”
Amanat 16:
” Dirikan Solat sesuai dengan KEMAMPUAN diri dan pelaksanaannyayang bersesuaian dengan SUNNAH. ”
Amanat 17:
” Selama BERAKAL, maka Solat WAJIB didirikan. Oleh itu pelihara akal itu antara KEWAJIPAN yang perlu dititik-beratkan. ”
Amanat 18:
” JANGAN biarkan keluargamu TANPA bimbingan Solat walaupun usia mereka terlalu MUDA. ”
Amanat 19:
” Tangguh Solat, Allah tangguhkan urusan kamu. SEGERA dirikan Solat, nescaya Allah SEGERAKAN segala HAJAT kamu.”
Amanat 20:
” BERZIKIR setelah Solat. Ingatlah bahawa DOA itu juga sebahagian Zikrullah.”
CINTAILAH SOLAT..
🕌📿
#motivasihikmah…♥💦